35,000 mangsa serangan 2014 masih tidak mempunyai tempat tinggal

BEIT LAHM, 7 Julai 2017 (Maan) — Majlis Pelarian Norway (NRC) mengeluarkan kenyataan semalam dengan menegaskan tentang kesengsaraan yang terus dialami oleh penduduk Gaza setelah tiga tahun berakhirnya serangan pada tahun 2014 lalu, di mana 35,000 penduduk dari 6,300 keluarga masih tidak mempunyai tempat tinggal.

Serangan Zionis selama 51 hari pada tahun 2014 telah membunuh lebih 2,400 penduduk Gaza, di mana satu pertiga daripada mereka adalah kanak-kanak.

Daripada 11,000 buah rumah yang musnah, hanya satu per tiga daripadanya telah berjaya dibina semula. Ramai mangsa masih terpaksa berteduh di dalam kemah sejak tiga tahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts