35,000 Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Ibrahimi Dan Kota Al-Khalil

AL-KHALIL, 12 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis malam tadi mengawal 35,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan mencemari Masjid Ibrahimi serta kawasan sekitarnya di kota al-Khalil dengan ritual Talmud.

Kenyataan pihak tentera Zionis menyebut bahawa jumlah pendatang Yahudi yang melakukan pencerobohan ke atas Masjid Ibrahimi dan kejiranan Yahudi di kota al-Khalil meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan.

Pada masa yang sama tentera Zionis menutup Jalan Beer Sheeba di kota tersebut untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi melakukan perarakan ke kawasan yang mereka dakwa sebagai makam Atna’el bin Kannaz.

Tentera Zionis sering menutup Masjid Ibrahimi daripada dimasuki penduduk Islam atas cadangan Suruhanjaya Shamgar, yang telah dibentuk selepas peristiwa pembunuhan pada tahun 1994 bagi membahagi dua masjid tersebut.

Awal Julai lalu, UNESCO mengisytihar kemasukan Kota Lama al-Khalil dan Masjid Ibrahimi dalam Senarai Warisan Dunia. Keputusan itu menjadikan al-Khalil sebagai kota Palestin yang keempat termasuk dalam senarai, selepas kota al-Quds, Beit Lahm dan Battir.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts