LONDON, 31 Mei 2017 (PIC) — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) hari ini melaporkan seramai 3,502 pelarian Palestin telah terbunuh di Syria sejak bermulanya peperangan pada tahun 2011.

Menurut laporan tersebut, seramai 1,141 terkorban akibat pengeboman sementara 873 yang lain terbunuh ketika tentera rejim Bashar bertempur dengan kumpulan-kumpulan pejuang pembebasan. Seramai 462 orang lagi meninggal dunia akibat didera dalam penjara rejim.

Menurut anggaran PBB, seramai 450,000 pelarian Palestin masih tinggal di Syria, di mana 95% daripada mereka sangat memerlukan bantuan.

SHARE