36 penduduk termasuk wanita ditangkap

BEIT LAHM, 25 Mei 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 36 penduduk Palestin dalam operasi di seluruh Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Beberapa buah perkampungan Palestin diserbu, termasuk perkampungan Jabaa di wilayah Jenin, Shweika dan Dhinnaba di Tulkarem, serta Immatim, Sanniriya dan Azzun di Qalqiliya. Enam penduduk ditangkap di Dhinnaba.

Tentera turut menyerang beberapa buah kem pelarian termasuk kem al-Faraa di Tulkarem dan kem Askar di Nablus.

Di Ramallah, tentera menyita sebuah kedai yang didakwa mencetak bahan yang menghasut. Sebuah bengkel besi turut disita atas dakwaan membuat senjata.

Manakala di Beit Lahm, tentera menangkap wanita Arwa Ibrahim al-Fawaghreh, 28, dan adiknya Rafaat, 25, setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di kawasan al-Balu di perkampungan al-Khader.

Di kota al-Khalil, tentera merampas tujuh buah kenderaan dari perkampungan Yatta atas tuduhan membawa masuk penduduk Palestin secara tidak sah ke dalam wilayah negara haram Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts