LONDON, 31 Dis 2017 — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) melaporkan bahawa seramai 3,626 pelarian Palestin termasuk 463 wanita terkorban di Syria sehingga semalam, 30 Disember 2017.

Laporan badan yang berpengkalan di London itu turut menyebut seramai 1,644 pelarian Palestin sedang dikurung dalam penjara rejim pemerintah Syria, termasuk 106 orang wanita.

Di samping itu, kem pelarian Yarmouk telah dikepung ketat selama 1,625 hari. Seramai 204 orang pelarian, terutamanya dari kem Yarmouk, meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan perubatan, bekalan makanan dan juga mengalami malnutrisi. Bekalan air juga terputus sejak 1,362 hari di kem Deraa dan selama 1,202 hari di kem Yarmouk.

Rejim Syria telah mengambil alih kawalan ke atas kem pelarian Handarat sejak lebih 461 hari, di mana lebh 80% bangunan di situ telah musnah.

AGPS turut mengesahkan seramai 85,000 pelarian Palestin-Syria telah berhijrah ke Eropah sehingga akhir tahun 2016.

(PIC)

SHARE