BAITULMAQDIS, 1 Ogos 2018 — Kenyataan Jabatan Wakaf Baitulmaqdis hari ini menyebut bahawa seramai 3,809 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Julai lalu, bilangan tertinggi dicatatkan dalam satu bulan.

Jumaat lalu, bersempena ulang tahun pertama kejayaan penduduk Palestin membantah pemasangan pintu-pintu pengesan logam di laluan-laluan masuk utama al-Aqsa, pasukan polis Zionis menceroboh masuk dan menyerang jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat dengan tembakan bom pelali dan gas pemedih mata.

Seramai 24 penduduk Palestin ditangkap selepas dipukul. Kesemua mereka, kecuali empat orang yang masih dalam tahanan, diharamkan memasuki al-Aqsa untuk tempoh beberapa minggu.

(PIC)

SHARE