385 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Apr 2017 (PIC) — Seramai 385 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah hari ini, dengan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.

Rejim Zionis mengenakan langkah keselamatan yang ketat di sekitar tapak suci umat Islam itu, bagi memberi laluan kepada 252 pendatang menceroboh di waktu pagi dan 133 yang lain di waktu petang.

Polis Zionis turut memeriksa dan menahan dua pemuda di perkarangan Masjid al-Aqsa sebelum dibebaskan dengan mengharamkan mereka memasuki masjid suci itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts