LONDON, 21 Okt 2018 — Badan Bertindak Bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) merekodkan seramai 3,894 orang pelarian Palestin, termasuk 478 wanita dan kanak-kanak perempuan, terbunuh dalam peperangan di Syria yang masih berterusan sejak tahun 2011.

Kem pelarian Yarmouk mencatatkan kematian tertinggi dengan 1,408 mangsa, diikuti dengan kem pelarian Dara seramai 263 orang, kem pelarian Khan Eshieh di Rif Dimashq seramai 202 orang, kem pelarian al-Neirab di Aleppo seramai 167 orang, dan kem pelarian al-Husainiya seramai 123 orang.

Rekod AGPS menunjukkan 1,063 orang terbunuh dalam serangan atau ditembak, dan 558 lagi didera sehingga mati dalam kurungan rejim Syria.

(PIC)

SHARE