GAZA, 9 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis ketika penyertai perhimpunan aman di timur kota Deir al-Balah di tengah wilayah Gaza.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital al-Aqsa. Sementara sebahagian lagi penduduk cedera sesak nafas dan dirawat di lapangan.

Penduduk Deir al-Balah mengadakan perhimpunan setiap petang hari Selasa berdekatan kawasan pagar sempadan. Mereka mengadakan demonstrasi pada waktu malam sebagai sebahagian daripada kempen Great Return March yang dilancarkan pada 30 Mac lalu.

(PIC)

SHARE