BAITULMAQDIS, 17 Okt 2018 — Empat orang tercedera dan seorang gadis ditangkap ketika pasukan tentera Zionis menyerang para aktivis yang membantah perobohan perkampungan Badwi di Khan al-Ahmar, timur Baitulmaqdis.

Tanpa sebarang alasan, tentera Zionis menyerbu dan menyerang lebih 200 aktivis tempatan dan antarabangsa yang berada di situ, dengan menggunakan semburan lada pemedih mata dan juga senjata taser elektrik.

Mereka turut menangkap gadis Ranin Amira, 18.

(IMEMC)

SHARE