4 Kanak-kanak Palestin Diculik di Al-Quds

culikAL-QUDS, 8 Julai 2014 (IMEMC | WAFA) — Tentera Zionis menculik empat kanak-kanak Palestin di Al-Quds Timur malam semalam. Seorang lelaki Palestin turut diculik di Bethlehem.

Seorang kanak-kanak Palestin diculik di Bad as-Sahera di wilayah Al-Quds yang dijajah Zionis, kemudian dibawa ke pengkalan tentera berdekatan. Manakala tiga lagi kanak-kanak diculik di bandar Beit Safafa, di selatan Al-Quds.

Beberapa pertempuran berlaki di antara penduduk Palestin dan tentera Zionis apabila jip tentera menceroboh masuk kawasan Beit Safafa.

Tentera Zionis juga menceroboh perkampungan Husan di barat Bethlehem dan kemudian menculik Mohammad Hilmy Shousha, 50 tahun, selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya. Beberapa buah rumah lain turut dipecah masuk dan digeledah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts