4 keluarga Badwi dipaksa tinggalkan tempat tinggal bagi latihan tentera

TUBAS, 1 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini memaksa empat keluarga Badwi di Lembah Jordan supaya meninggalkan khemah tempat tinggal mereka selama 14 jam bagi memberi laluan kepada latihan tentera.

Keluarga Faisal Masa’eed, Ismael Masa’eed, Jamal Daraghma dan Mohammad Daraghma diarah meninggalkan khemah mereka di perkampungan Kirbit Yarza, di timur bandar Tubas, bermula jam 4:00 petang Isnin 6hb Ogos sehingga pagi Selasa.

Mereka diarah keluar lagi pada hari Khamis 9hb Ogos dan Selasa 14 Ogos.

Tindakan tersebut mencetus ketakutan dan ketidak-tentuan kepada keluarga terbabit terutama anak-anak mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan musim panas di Lembah Jordan dan mereka tidak mempunyai tempat tinggal alternatif.

Sebelum ini, tentera Zionis memusnahkan khemah-khemah mereka atas alasan dibina tanpa permit.

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts