4 pekerja Gaza maut apabila Mesir banjirkan terowong bawah tanah

GAZA, 4 Dis 2016 (Maan) — Pasukan Pertahanan Awam Palestin berjaya mengeluarkan mayat empat orang pekerja Gaza yang terperangkap dalam terowong bawah tanah dalam operasi sepanjang malam tadi.

Terowong tersebut runtuh apabila pihak berkuasa Mesir secara sengaja mengepam masuk air laut ke dalamnya. Mangsa dikenalpasti sebagai Ali Badawi, 43, Muhammad Badawi, 21, Imad Badawi, 24, dan Sami al-Tawil, 30. Jenazah mereka dibawa ke Hospital Abu Youssef al-Najar di bandar Rafah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts