4 pekerja Wakaf diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 26 Ogos 2018 — Polis penjajah Zionis semalam mengharamkan empat pekerja Jabatan Wakaf memasuki tapak suci Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

Salah seorang daripada mereka, Basem Zaghir, memaklumkan bahawa beliau bersama tiga rakan sekerjanya dibebaskan selepas polis Zionis mengeluarkan arahan supaya mereka tidak memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama 15 hari dan memaksa mereka membayar ikat jamin sebanyak 3,000 Shekel.

Basem dan seorang lagi mangsa, Issa al-Dabbagh, juga diarah hadir ke pusat interogasi badan perisikan Zionis pada hari Isnin, sementara dua lagi iaitu Jum’a Manasra dan Mohammed Alqam diarah hadir pada hari Selasa.

Semua mangsa ditangkap awal pagi semalam ketika sedang membuat kerja-kerja pemulihan di Masjid al-Aqsa, sebelum diheret ke pusat tahanan al-Qashla di Kota Lama.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts