4 pemuda dihukum penjara kerana pertahan al-Aqsa

AL-QUDS, 19 Sep 2017 — Mahkamah Zionis di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas empat pemuda Palestin dari kumpulan Pemuda Masjid al-Aqsa, atas tuduhan menyertai pertubuhan yang diharamkan oleh rejim.

Mohammad Bakdri, 18, dari kota al-Quds dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda 3,000 shekel. Dua rakannya, Mohammad Mustafa, 19, dari bandar al-Issawiya dan Imad Abu Sneineh, 22, dari kejiranan Wadi Qaddum masing-masing dihukum selama 14 bulan dan denda sebanyak 5,000 shekel. Manakala Mohammad ajlouni, 29, dari bandar Silwan dihukum selama 14 bulan dan denda sebanyak 2,500 shekel.

Tentera Zionis melancarkan kempen besar-besaran selama lima bulan untuk memburu penduduk yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut kerana menghalang dan mengganggu pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu. Rejim Zionis turut mengaitkan kumpulan tersebut dengan Hamas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts