RAMALLAH, 11 Jun 2018 — Penduduk bandar Kafr Qasim di Wilayah Palestin 1948 menjadi cemas dan bimbang apabila empat keluarga Palestin menerima arahan perobohan rumah mereka pada musim perayaan Aidilfitri, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Semalam, Mahkamah Majistret Zionis di kawasan penempatan haram Petah Tikva memutuskan supaya perobohan empat buah rumah tersebut ditangguhkan sehingga Ramadan berakhir. Kerja-kerja meroboh dijangka akan dilakukan pada hari Aidilfitri.

Bandar Kafr Qasim diduduki oleh rejim Zionis pada tahun 1948, dan menyaksikan peristiwa pembunuhan dahsyat besar-besaran pada tahun 1956. Menjelang Perang Kedua Arab-Israel (Krisis Suez) pada 29 Oktober 1956, seramai 19 penduduk awam Palestin ditembak mati oleh pasukan polis sempadan Zionis ketika mereka dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Kafr Qasim yang terkenal dengan jolokan “kota syuhada” telah dibina pada kurun ke-17. Namanya adalah bersempena nama pengasasnya, Sheikh Qassim, yang menetap di situ setelah berhijrah dari perkampungan Masha di barat kota Salfit.

(PIC)

SHARE