4 syuhada dikebumi di tanah perkuburan rahsia

AL-QUDS, 13 Sep 2017 — Pihak pendakawa raya hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi Zionis bahawa empat syuhada Palestin telah dikebumikan dalam tanah perkuburan rahsia.

Langkah mengkebumikan jenazah Abd al-Hamid Abu Srour, Muhammad Tarayra, Muhammad al-Faqih dan Rami Awartani itu dengan jelas mencabul arahan supaya tidak mengambil sebarang tindakan sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Zionis bersidang susulan petisyen supaya sembilan jenazah penduduk Palestin yang masih ditahan sejah tiga hingga 17 bulan lalu, Abd al-Hamid Abu Srour, Muhammad Tarayra, Muhammad al-Faqih, Rami Awartani, Misbah Abu Sbeih, Fadi al-Qunbar, Adel Ankoush, Baraa Ibrahim Saleh Taha dan Osama Ahmad Dahdouh, diserah kepada keluarga mereka.

Rejim Zionis masih menahan 249 jenazah penduduk Palestin dalam tanah perkuburan rahsia. Kubur-kubur tersebut hanya dilabel dengan nombor tanpa sebarang nama.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts