4 terbunuh dalam serangan di selatan Gaza

GAZA, 15 Apr 2018 — Empat pemuda Gaza terbunuh selepas tentera Zionis menyerang roket ke arah sebuah beca di kota Rafah, selatan Gaza, sementara beberapa orang lain yang berada di kawasan kejadian cedera tengahari semalam.

Keempat-empat mangsa, Amjad Qartous, 18, Ayed Hamaydeh, 23, Hesham Kallab, 18, dan Hesham Abdul-Al, 22, berasal dari kota Rafah. Semua mereka merupakan pejuang pasukan Jihad Islami.

Kenyataan tentera Zionis mendakwa bahawa mereka membuat siasatan atas kemungkinan insiden tembakan itu sebagai “kemalangan di tempat kerja”.

Serangan tersebut menjadikan jumlah mangsa pembunuhan oleh tentera Zionis sejak bermulanya bantahan Great Return March (GMR) pada 30 Mac lalu kepada 36 orang.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts