4 wanita Palestin dikenakan tahanan pentadbiran

GAZA, 30 Jun 2016 (PIC) — Bilangan wanita Palestin yang dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan kini meningkat kepada empat orang.

Terkini, pihak berkuasa Zionis mengenakan tahanan pentadbiran ke atas ibu kepada empat orang anak, Sabah Feroun, 34, yang berasal dari bandar Eizeriya di timur al-Quds. Beliau ditahan sejak 19 Jun 2016.

Tahanan yang lain adalah Suad Rzaiqat dari al-Khalil, yang ditahan sejak 3 Disember 2015, Sana Abu Snaineh, juga dari al-Khalil yang ditahan sejak Februari 2016. Manakala Hanim Omar dari Tulkarem ditangkap pada 27 Mac 2016.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts