4 warga al-Quds ditangkap kerana peringati syuhada Misbah

AL-QUDS, 10 Okt 2017 — Polis Zionis hari ini menangkap empat pemuda Palestin dari kejiranan Wadi al-Joze di al-Quds, atas tuduhan menggantung poster dan mengedar brosur memperingati ulang tahun pertama gugurnya syuhada Misbah Abu Esbaih.

Misbah melancarkan dua serangan di kejiranan Sheikh Jarrah di kota al-Quds pada 9 Oktober 2016, menyebabkan dua orang Yahudi mati dan enam yang lain cedera. Jenazah beliau masih ditahan oleh rejim Zionis sehingga hari ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts