40 Ahli Parlimen Eropah desak boikot produk dari kawasan penempatan haram

BRUSSELS, 16 Dis 2020 — Seramai 40 Ahli Parlimen Eropah menandatangani surat mendesak supaya produk-produk keluaran dari kawasan penempatan haram Yahudi dilarang memasuki negara-negara Kesatuan Eropah.

Surat tersebut telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Perdagangan Kesatuan Eropah, Valdes Dombrovsky. Tindakan mereka adalah seiring dengan undang-undang Eropah dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang melarang produk dari kawasan penempatan haram memasuki pasaran Eropah.

Ahli-ahli Parlimen dari 14 buah negara dalam Kesatuan Eropah itu mewakili semua blok politik dalam Parlimen Eropah.

(DoP)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts