40 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 20 Feb 2019 — Sekurang-kurangnya 40 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis di Tebing Barat malam tadi.

Operasi tentera Zionis menyasarkan penduduk awam dan bekas-bekas tahanan di Nablus, Ramalah, Beit Lahm dan al-Khalil, dengan memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah.

Dalam kejadian di Baitulmaqdis, empat penduduk diculik dari kejiranan Issawiya di mana mangsa dipukul secara ganas sebelum ditangkap.

Sementara 22 orang lagi ditangkap selepas mendirikan solat di kawasan Bab al-Rahma di Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts