NABLUS, 4 Mac 2018 — Satu kajian oleh media Zionis hari ini mendedahkan sekitar 40% daripada kawasan perkuburan pendatang Yahudi dibina di atas tanah penduduk Palestin di Tebing Barat.

Lebih 33 kawasan perkuburan berdekatan 10 penempatan haram di bina di atas tanah persendirian. Sekitar 1,400 pendatang Yahudi dikebumi di kawasan tersebut, yang terletak berdekatan penempatan haram Beit El, Ofra, Psagot, Ma’aleh Mishmash, Alon Moreh dan Kiryat Arba, di mana Baruch Goldstein dikuburkan.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa Rabai Raziel Shivah yang dibunuh pada awal bulan Januari lalu dikuburkan di atas tanah persendirian penduduk Palestin di Nablus, berdekatan pos penempatan haram Havat Gilad.

Pihak pentadbiran awam Zionis enggan menjelaskan samada tanah-tanah perkuburan tersebut mendapat permit.

(IMEMC, Alray)

SHARE