BAITULMAQDIS, 9 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi segerombolan Yahudi, termasuk 35 pendatang dan lima pegawai perisikan, menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di situ.

Pada masa yang sama polis Zionis menangkap dua orang pemuda Palestin dan kemudian memaksa mereka keluar dari perkarangan masjid tanpa sebarang alasan.

(PIC)

SHARE