400 anak-anak remaja Palestin Merana di Penjara Israel

anak palestin di tangkapPusat Kajian Tahanan melaporkan bahawa ada sekitar 400 anak Palestin ditahan di penjara-penjara tahanan Israel. Anak-anak tersebut telah dihadapkan ke mahkamah Israel dan mereka amat memerlukan bantuan langsung dari pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.

Pusat kajian tersebut dalam sebuah kenyataan mereka pada hari Rabu (23/9) juga mengatakan bahawa Badan berkuasa penjara Israel (IPA) telah melanggar semua garis panduan norma antarabangsa dan undang-undang yang melindungi anak-anak di bawah umur. Pusat kajian itu juga menuntut agar di saat Israel berurusan dengan para tahanan aak-anak ini, mereka harus diperlakukan sebagai anak-anak bukan sebagai teroris.

Mana-mana anak remaja yang berjaya dibebaskan oleh Pusat Kajian mengatakan bahawa IPA telah melanggar hak-hak anak-anak yang paling asasi. Dia menambahkan bahawa secara rutin penguasa Israel memukuli anak-anak, mengancam mereka dengan melarang kunjungan dari ahli keluarga, menempatkan mereka dalam sel yang penuh sesak, memprovokasi tahanan remaja tersebut serta menafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Pusat kajian tersebut juga menjelaskan dalam laporannya bahawa anak-anak Palestin yang berada di penjara-penjara Israel tidak pernah mendapatkan rawatan perubatan.

Justeru, siapakah yang harus bertanggung jawab atas pendidikan anak-anak itu? Bagaimana masa depan mereka? Sampai bilakah mereka harus mendekam dalam penjara Israel yang tidak berperikemanusiaan? (mirzah/pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts