400 tahanan Palestin mula mogok lapar

RAMALLAH, 10 Apr 2019 — Sekitar 400 tahanan Palestin bergabung memulakan kempen mogok lapar besar-besaran hari ini.

Kempen tersebut telah dimulakan oleh tahanan pemimpin-pemimpin kumpulan perjuangan Palestin Isnin lalu, dan kini disusuli oleh puluhan tawanan lain di penjara-penjara Gurun Naqab, Rimon, Nafha, Ishel, Ofer, Gilbao dan Megiddo.

Isnin lalu, pihak penjara Zionis menolak tuntutan tahanan Palestin serta mengenakan syarat ketat bagi mereka menggunakan telefon. Keputusan itu mencetus kempen mogok lapar secara terbuka, dan akan diteruskan secara bertahap pada 11 dan 13 April, serta kemuncaknya pada 17 April bersempena Hari Tawanan Palestin.

Pada tahun 2017, tahanan Palestin melancarkan mogok lapar yang berterusan selama 42 hari.

Lebih 5,700 penduduk Palestin, termasuk 46 wanita dan 250 kanak-kanak, kini ditahan dalam 23 buah penjara dan pusat tahanan Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts