400 Unit Rumah Baharu Untuk Pendatang Yahudi di Al-Quds

Sebahagian daripada perumahan sedia ada Yahudi di Ramat Shlomo
Sebahagian daripada perumahan sedia ada Yahudi di Ramat Shlomo

AL-QUDS, 3 Nov 2014 (Arutz Sheva) — Suruhanjaya Perancangan Dan Pembangunan Bandar al-Quds meluluskan pembinaan sebayak 400 unit perumahan baharu di kawasan penempatan Ramat Shlomo di sini.

Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan perancangan untuk membina lebih 1,000 unit rumah di kawasan utara al-Quds itu dan penempatan Har Homa di tenggara al-Quds.

Netanyahu juga mengarahkan supaya pembinaan infrastruktur untuk pendatang Yahudi, termasuk pembinaan jalan dan bangunan awam, diteruskan di seluruh kawasan penempatan di al-Quds dan Tebing Barat. Terdapat lebih 40,000 penempatan haram Yahudi di al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts