43 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 24 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis menutup Pintu al-Maghareebah di Masjid al-Aqsa pada jam 10:30 pagi tadi selepas segerombolan 43 pelampau Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Pasukan besar polis yang lengkap bersenjata berjaga di perkarangan masjid sejak jam 7:00 pagi bagi menjamin keselamatan para penceroboh.

Sementara itu kumpulan-kumpulan fanatik pelampau Yahudi menyeru pengikut-pengikut mereka menceroboh tapak suci Masjid al-Aqsa secara besar-besaran dan melakukan ritual Talmud di situ, kononnya sebagai membalas tindakan para jemaah dan penjaga masjid yang menghalau keluar pendatang Yahudi minggu lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts