AL-QUDS, 16 Okt 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil dikawal oleh kumpulan besar polis Zionis.

Pada masa yang sama pasukan keselamatan khas Zionis dikerah ke kawasan Musolla al-Qibli bagi membenarkan para pendatang melakukan ritual Talmud sambil menari dan bernyanyi.

Sebahagian bersar jemaah dihalang memasuki masjid, di mana pihak polis menyekat dan memeriksa serta merampas kad pengenalan penduduk Palestin yang ingin masuk beribadah.

(PIC)

SHARE