440 kanak-kanak Palestin sedang merengkok dalam penjara Zionis

RAMALLAH, 28 Apr 2016 (MEMO) — Pertubuhan Defence for Children International Palestine semalam melaporkan bahawa sekitar 440 kanak-kanak Palestin sedang ditahan dalam penjara Zionis, di mana 10 daripadanya dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Sebahagian daripada mereka telah didakwa, dan sebahagian lagi masih menunggu pendakwaan atau sedang melalui proses soal-siasat. 116 orang daripadanya berumur di antara 12 dan 15 tahun. 12 orang adalah perempuan.

Peguam Bashar Jamal menyebut, “Kanak-kanak ini berhadapan dengan penyiksaan dan penderaan fizikal dan lisan. Penyeksaan dialami sejak mereka mula ditangkap lagi, samada dipukul atau dijatuhkan ke lantai, dihentak dengan senjata.”

66 daripada mereka ditahan dalam penjara terasing sejak tiga tahun lalu. Seorang kanak-kanak berumur 17 tahun ditahan secara terasing selama 45 hari di dalam bilik kecil tanpa tilam dan cahaya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts