449,805 pendatang Yahudi tinggal di Tebing Barat

RAMALLAH, 19 Mac 2019 — Bilangan pendatang Yahudi yang tinggal secara haram di wilayah Tebing Barat meningkat kepada 449,805 orang pada bulan Januari lalu.

Bilangan mereka dijangka meningkat kepada 464,000 menjelang akhir tahun ini, dan lebih sejuta pada tahun 2041.

Mereka merempat di 11 buah blok-blok penempatan yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. Rejim Zionis bagaimanapun terus mendapat dukungan Amerika dalam membina penempatan haram dalam wilayah Palestin.

Tahun lalu, bilangan mereka adalah 453,159 orang, berbanding dengan 372,681 pada tahun 2014.

Sejumlah besar daripadanya, iaitu 43%, tinggal di tiga penempatan haram terbesar iaitu Modiā€™in Illit, Maale Adumim, dan Ariel.

Statistik tersebut bagaimanapun tidak mengambil kira bilangan pendatang Yahudi yang tinggal di Baitulmaqdis Timur, yang diduduki oleh rejim Zionis sejak tahun 1967.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts