45 pelarian Palestin di Syria terbunuh sepanjang April

DAMASKUS, 7 Mei 2018 — Laporan Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) yang diterbitkan hari ini menunjukkan seramai 45 pelarian Palestin telah meninggal dunia sepanjang bulan April lalu.

Antaranya, seramai 20 orang terbunuh akibat kecederaan terkena tembakan, 18 orang menjadi mangsa pengeboman, dua yang lain dihukum bunuh, dan dua lagi meninggal dunia akibat didera oleh tentera rejim.

Mangsa-mangsa tersebut tersebar dalam kejadian di seluruh wilayah Syria, iaitu 35 orang di dalam kota Damaskus, lapan lagi di pinggir Damaskus, seorang di Aleppo dan seorang lagi di Daraa. Sebilangan besar daripada mereka menjadi mangsa serangan udara di kem pelarian Yarmouk dan kejiranan al-Hajar al-Aswad di selatan Damaskus.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts