45% penduduk Palestin adalah kanak-kanak bawah 18 tahun

BEIT LAHM, 23 Nov 2016 (PNN) — Statistik pertengahan tahun 2016 yang diterbitkan oleh Pusat Biro Statistik Palestin (PCBS) Ahad lalu menunjukkan seramai 2,207,535 daripada penduduk Palestin adalah mereka yang berumur bawah 18 tahun, iaitu 45.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

1,127,283 daripada mereka adalah laki-laki.

Di Tebing Barat, jumlah kanak-kanak lelaki adalah seramai 650,709 orang dan perempuan seramai 624,320 orang, iaitu 43.4% daripada jumlah keseluruhan.

Manakala di Gaza, bilangan kanak-kanak lelaki adalah 476,574 orang dan perempuan adalah 455,932 orang. Mereka membentuk 49.6% daripada jumlah penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts