GAZA, 3 Dis 2018 — Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan seramai 47 penduduk Gaza cedera diserang tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan laut Great Return March (GRM) ke-18 di kawasan pantai Beit Lahiya di utara Gaza, hari ini.

Seorang penduduk terkena tembakan peluru hidup, empat orang ditembak dengan peluru getah. Mereka bersama empat mangsa yang terkena kelongsong gas pemedih mata dikejarkan ke hospital.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, sementara 30 buah bot nelayan belayar berdekatan kawasan sempadan utara Gaza.

(PIC, WAFA)

SHARE