471 penduduk Palestin diculik sepanjang bulan Mei, 5,805 sejak Oktober

RAMALLAH, 2 Jun 2016 (IMEMC) — Beberapa pertubuhan tahanan dan hak asasi Palestin menerbitkan laporan bersama bahawa tentera Zionis telah menculik seramai 471 orang penduduk Palestin sepanjang bulan Mei lalu, menjadikan bilangan keseluruhan sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada 1 Oktober lalu kepada 5,805 orang.

Laporan bersama Persatuan Tahanan Palestin, Pertubuhan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Ad-Dameer, Pertubuhan Has Asasi al-Mezan, dan Jawatankuasa Tahanan Palestin hari ini turut memberi kenyataan bahawa kadar penculikan terbesar berlaku di al-Quds dengan melibatkan 111 penduduk, diikuti dengan al-Khalil seramai 80 orang, dan Ramallah seramai 61 orang. 34 penduduk Gaza turut diculik, kebanyakannya nelayan.

Seramai 156 berada dalam tahanan pentabdiran tanpa sebarang pendakwaan, melibatkan 40 tangkapan baharu dan selebihnya adalah lanjutan tempoh tahanan sebelumnya.

Laporan turut menyebut bahawa tahanan Palestin termasuk kanak-kanak didera, diugut dan disoal siasat secara sangat melampau.

Laporan tersebut mendesak PBB dan masyarakat antarabangsa menghentikan pencabulan oleh rejim Zionis, terutama berkenaan penderaan dan layanan buruk bukan sahaja ketika ditangkap tetapi juga ketika disoal siasat dan dalam tahanan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts