483 Kanak-Kanak Palestin Ditangkap Dalam Tempoh 10 Bulan

RAMALLAH, 5 Nov 2017 — Laporan Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan mendedahkan bahawa seramai 483 kanak-kanak Palestin di bawah umur 17 tahun telah ditangkap oleh pasukan keselamatan rejim Zionis sejak awal tahun 2017.

40 orang daripada mangsa dikurung di penjara Ofer sepanjang bulan Oktober, dan sebahagian daripada mereka dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan. Seramai lapan orang dilaporkan didera dalam kurungan.

Seorang lagi kurung dalam keadaan cedera setelah ditembak oleh tentera.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa rejim Zionis mengenakan denda berjumlah US$21,430 sepanjang bulan lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts