489 tahanan Palestin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup

RAMALLAH, 24 Jun 2016 (MEMO) — Jumlah penduduk Palestin yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup meningkat kepada 489 orang setelah mahkamah tentera Zionis Salem menjatuhkan hukuman tersebut kepada empat lagi tahanan dari Nablus.

Laporan Pusat Kajian Tahanan Palestin semalam menyebut empat tahanan, Yahya al-Haj Hamad, Amjad Illweiwi, Karam El- Masri dan Samir Kousa, disabit bersalah atas tuduhan membunuh penduduk Yahudi atau merancang serangan sehingga menyebabkan kematian sepasang pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Itamar pada bulan Oktober 2015.

Tahanan Abdullah Ghalib al-Barghouti dari Ramallah dikenakan hukuman paling teruk, dengan 67 kali penjara seumur hidup. Manakala Ibrahim Jamil Hamid dijatuhkan hukuman 54 kali penjara seumur hidup atas tuduhan memimpin Briged al-Qassan di Tebng Barat dan terlibat dalam banyak serangan berani mati.

Bilangan penduduk Palestin yang dikenakan hukuman seumur hidup dijangka meningkat kerana ramai lagi yang dituduh tertibat dengan operasi yang membawa kepada kematian pendduuk Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts