Jet Pengebom Israel Semakin Mengganas di Gaza

GAZA, 22 Disember – sekurang kurangnya dua dilaporkan cedera apabila tentera udara regim Zionis mengebom kawasan yang didakwanya diguna oleh Briged Al Qassam, Selasa lalu.

Serangan yang merupakan serangan kedua pada hari tersebut telah mensasarkan 8 kawasan di Semenanjung Gaza awal pagi Selasa. Serangan pertama telah mencederakan dua pejuang Palestin dan seorang pegawai keselamatan di sebuah kilang susu.

Serangan terakhir telah disasarkan di barat Semenanjung Gaza, bandar Khan Younis. Sekurang kurangnya bandar tersebut telah diserang sebanyak tiga kali pada awal pagi hari tersebut.

Jurucakap pasukan perubatan di Gaza, Adham Abu Salmiya berkata bahawa dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Abu Yousif AN-Najjar di Khan Younis.

Tentera Israel mengeluarkan kenyataan bahawa serangan tersebut mensasarkan kawasan aktiviti pejuang Palestin dan Israel mengesahkan semua serangan terbabit.

Menurut kenyatan tentera Israel lagi, serangan terbabit adalah sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang disasarkan di selatan Israel sepanjang minggu lepas. (mna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts