5-10 bayi baru lahir Gaza meninggal dunia setiap bulan

GAZA, 11 Oktober 2018 — Seramai lima hingga 10 bayi baru lahir di Gaza meninggal dunia setiap bulan akibat sekatan dan kekurangan ubat serta peralatan perubatan.

Kenyataan Ketua Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital as-Shifa, Dr. Nasser Bulbul, menyebut bahawa hospital tersebut mengalami krisis yang kompleks kerana kekurangan peralatan perubatan dan berkurangannya rawatan asas yang dapat diberikan untuk bayi yang dilahirkan pramatang, selain kekurangan staf yang meruncing.

Mereka juga kekurangan alat pernafasan kecemasan untuk bayi baru lahir, bekalan oksigen, dan inkubator. Pasukan perawat juga terpaksa menggunakan alat pernafasan buatan, yang boleh membahayakan bayi baru lahir.

Di samping itu, NICU tersebut juga mengalami kesesakan, di mana bilangan bayi yang lahir pramatang jauh melebihi kemampuan operasi unit tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts