5 cedera, 4 diculik dalam pertempuran di al-Khalil

AL-KHALIL, 14 Ogos 2018 — Seramai lima pemuda Palestin cedera dan empat yang lain diculik dalam satu pertempuran yang tercetus di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil malam tadi.

Tentera penjajah Zionis menyerbu bandar Beit Ummar, dan kemudian melepaskan tembakan peluru hidup, peluru getah dan bom pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin yang membantah serbuan tersebut.

Seorang pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup, sementera empat yang lain terkena tembakan peluru getah.

Di samping itu, tentera Zionis menceroboh masuk kawasan Safa di barat laut al-Khalil dan menculik Mohammad Farouq ‘Aadi, 19, abangya Dia’, 22, serta Majd Ismael ‘Aadi, 24, dan Ghazi Mohammad ‘Aadi, 37.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts