5 cedera dalam serbuan tentera Zionis di Salfit

SALFIT, 18 Mac 2019 — Sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin tercedera apabila gerombolan besar tentera penjajah Zionis menggempur kota Salfit di Tebing Barat, petang tadi.

Pertempuran tercetus di bandar al-Zawiya, menyebabkan empat penduduk tercedera dan sebilangan yang lain ditangkap. Tentera melepaskan tembakan peluru getah dan bom gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin. Mereka turut memecah masuk bangunan-bangunan kedai untuk merampas rakaman kamera keselamatan.

Seorang lagi penduduk tercedera di bandar Kafr ad-Dik yang berdekatan, selepas pasukan tentera menaiki bumbung-bumbung rumah dan melepaskan tembakan.

Tentera Zionis menjalankan operasi memburu penyerang yang membunuh Yahudi berdekatan kawasan penempatan haram Ariel semalam. Beliau didakwa sebagai Omar Abu Laila, 19, yang tinggal di al-Zawiya.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis meletupkan pintu bangunan kedai milik keluarga Omar di bandar Biddya. Mereka berundur beberapa jam kemudian selepas menggeledah dan merampas rakaman kamera keselamatan.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts