5 ditangkap kerana halang pendatang Yahudi musnahkan perkuburan al-Rahma

BAITULMAQDIS, 5 Ogos 2018 — Polis Zionis menangkap lima pemuda Palestin di kawasan tanah perkuburan Bab al-Rahma bersebelahan Masjid al-Aqsa hari ini, kerana menghalang dua orang pendatang Yahudi yang cuba merosakkan kubur-kubur di situ.

Semua mangsa diheret ke pusat polis Zionis berdekatan Pintu al-Asbat.

Tanah perkuburan al-Rahma telah diisytiharkan sebagai tanah wakaf Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu. Rejim Zionis sejak beberapa tahun lalu menghalang penduduk Palestin di bandar Silwan, yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa, mengebumikan jenazah di situ. Mereka merancang untuk membina sebuah taman khusus untuk Yahudi di kawasan tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts