BAITULMAQDIS, 13 Jan 2019 — Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Zionis semalam menyerahkan notis kepada pemilik sebuah bangunan kediaman di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis, supaya mengosongkan bangunan tersebut sebelum 23 Januari.

Bangunan tersebut menempatkan rumah lima keluarga Palestin, dan akan diserahkan kepada pendatang Yahudi yang menuntut hak ke atasnya.

Pemilik tanah dan bangunan, keluarga Sabbagh, telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi pada 15 November 2018. Namum mahkamah enggan membatalkan tuntutan pendatang Yahudi terbabit.

Keluarga Sabbagh mengemukakan bukti hakmilik dan dokumen proses pendaftaran yang dibuat oleh pendatang Yahudi, yang menuntut tanah tersebut pada tahun 1972, sebagai palsu dan tidak tidak melalui proses undang-undang.

(IMEMC, PNN, Alray)

SHARE