5 nelayan diculik di perairan utara Gaza

GAZA, 12 Ogos 2018 — Tentera laut penjajah Zionis menculik lima sekeluarga nelayan Palestin ketika belayar menangkap ikan di perairan Sudaniyya di utara Gaza pagi tadi.

Mangsa-mangsa adalah Hasan Hassan Fadel Bakr dan adiknya, Nasser, serta tiga anak lelakinya Yasser Nasser Bakr, Ahmad Nasser Bakr, dan Fadel Nasser Bakr.

Bot-bot mereka ditunda ke pelabuhan Zionis di Ashdod.

Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Palestin belayar sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza, namun tentera Zionis secara beransur-ansur menyempitkan zon menangkap ikan itu sehingga hanya tiga batu nautikal.

Sepanjang tahun lalu, 39 nelayan Gaza telah diculik. Seramai 14 daripada mereka ditangkap dalam keadaan cedera ditembak. Manakala dua orang nelayan telah terbunuh.

Sekitar 95% nelayan Gaza hidup di bawah paras kemiskinan.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts