5 Nelayan Gaza Diculik

GAZA, 3 Dis 2017 — Pasukan tentera laut Zionis menculik lima nelayan Palestin di perairan Sudaniyya, kurang tiga batu nautika dari pantai utara Gaza petang tadi.

Salah seorang mangsa dilaporkan cedera terkena tembakan. Tentera turut merampas bot milik Khamis Abu Sadeq yang dinaiki nelayan-nelayan terbabit, yang rosak teruk akibat ditembak.

Mangsa disahkan sebagai Sami Nabil Abu Sadeq, Mohammad Ahmad Sadeq, Sayyed Nasser Halabi, Ayman Ahmad Tolba, dan adiknya Ehab. Ketika kejadian, tentera Zionis memaksa mereka menanggalkan pakaian dan terjun ke laut seorang demi seorang.

Nelayan Gaza sering berhadapan dengan serangan tentera Zionis walaupun mereka belayar di dalam zon yang dibenarkan. Sejak 10 tahun lalu,

(Sumber: PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts