5 pemuda cedera ditembak tentera Zionis di kem Deheisheh

BEIT LAHM, 15 Mac 2017 (PIC) — Lima pemuda Palestin cedera ditembak tentera Zionis dalam satu pertempuran di kem pelarian al-Deheisheh di selatan Beit Lahm awal pagi tadi.

Tentera melepaskan tembakan secara rambang ke arah penduduk yang marah dengan tindakan tentera menyerang masuk kem tersebut.

Dua orang anak Datuk Bandar Jenin Ibrahim Ramadan turut mengalami kecederaan apabila tentera menembak kenderaan yang mereka naiki.

Tentera turut memecah masuk dan menggeledah rumah bekas tahanan Murad al-Zagharri sebelum menahan beliau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts