GAZA, 26 Sep 2018 — Seramai lima pemuda Gaza tercedera, salah seorang daripada mereka dalam keadaan parah, diserang oleh tentera Zionis dalam perhimpunan di timur bandar Khuza’a, timur Khan Younis, selatan Gaza, dan juga kawasan berdekatan Jabaliya di utara Gaza malam tadi.

Seorang mangsa cedera para ditembak di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Pemuda-pemuda Gaza mengambil strategi baharu dengan mengadakan perhimpunan Great Return March (GRM) pada waktu malam, bertujuan untuk mengelirukan pasukan tentera Zionis yang berkawal di sebalik pagar sempadan. Mereka membakar tayar, melaungkan lagu kebangsaan melalui pembesar suara, serta memancar sinar laser ke arah tentera Zionis.

Pesawat dron tentera Zionis turut melancarkan sekurang-kurangnya tiga serangan roket di kawasan timur Gaza, namun tiada kecederaan dilaporkan.

(PIC, IMEMC)

SHARE