5 pemuda Palestin dihukum penjara dari 5 hingga 9 tahun

AL-QUDS, 21 Sep 2016 (Maan) — Mahkamah Pusat Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua pemuda dari perkampungan al-Tur di al-Quds, Bassil Khalil Muhammad Sayyad, 26, selama enam-setengah tahun dan Said Mahmoud Abu al-Hawa, 20, selama lima tahun tanpa menjelaskan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Mereka turut dikenakan denda yang masih belum ditetapkan lagi jumlahnya.

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun ke atas Nuh Ghazzawi dari kawasan al-Thawri di kejiranan Silwan di al-Quds Timur, atas kesalahan bertindak balas melawan serangan pendatang Yahudi.

Manakala Youssef Ribhi Murtada Rajabi, 19, dari Kota Lama al-Quds dihukum penjara selama sembilan tahun. Beliau ditangkap pada 24 November lalu di stesen keretapi ringan di barat al-Quds atas tuduhan membawa pisau dan cuba menikam Yahudi. Youssef kini ditahan di penjara Ramon.

Seorang lagi pemuda Usama Mahmoud Rajabi, 23, dari Kota Lama al-Quds dikenakan hukuman selama lima tahun dan tiga bulan. Beliau ditangkap pada 8 September 2015 atas beberapa tuduhan bersangkutan dengan isu al-Aqsa. Beliau kini ditahan di penjara Nafha.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts