5 penduduk al-Araqeeb diinterogasi selepas rumah-rumah mereka diroboh

GURUN NAQAB, 31 Jul 2019 — Lima penduduk Badwi Palestin dari perkampungan al-Araqeeb diinterogasi oleh polis Zionis selepas rumah-rumah mereka diroboh buat kali ke-148 minggu lalu.

Aziz al-Turi bersama ibunya Umm Aziz dan isterinya Umm Fahid diarah hadir ke pusat interogasi Isnin lalu, sementara Saeed dan Salim al-Turi dibebaskan selepas diinterogasi di stesen polis Yoav di Beersheva.

Minggu lalu, Sheikh Sayyah al-Turi ditahan selama 15 hari.

Penduduk mendakwa tindakan rejim Zionis itu merupakan langkah untuk menakut-nakutkan serta mengusir penduduk, di mana interogasi tersebut hanyalah helah untuk membuka fail jenayah dan mengenakan denda serta tahanan ke atas mangsa.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts