5 penduduk Gaza termasuk bayi cedera dalam kebakaran

GAZA, 27 Jan 2018 — Lima penduduk Palestin termasuk dua orang bayi cedera dalam dua insiden kebakaran rumah berasingan di Gaza hari ini.

Bayi Mohammad Shaban yang berumur sebulan melecur tahap ketiga, apabila rumah keluarganya di Jabalya terbakar akibat penggunaan alat pemanas.

Sementara empat yang lain cedera apabila rumah mereka terbakar di kejiranan al-Tufaah, di kota Gaza.

Malam tadi, seorang bayi perempuan berumur lima bulan, Jumana Jamil Dughmush, meninggal dunia di Hospital al-Shifa selepas rumah keluarganya di kejiranan al-Sabrah di selatan Gaza terbakar, berpunca dari penggunaan lilin.

Penduduk Gaza terpaksa menggunakan lilin dan kaedah pemanasan primitif akibat masalah bekalan elektrik, ekoran sekatan yang dikenakan secara berterusan sejak lebih 11 tahun lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts